Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-20.
Ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini termasuklah de Saussure, Bloomfield,
Otto Jespherson, Edward Sapir dan sebagainya. Ahli-ahli bahasa struktural ini,
menumpukan pengkajian mereka untuk menghuraikan struktur bahasa. Mereka
menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit
bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asas pengkajian mereka berlandaskan
pernyataan bahawa ‘tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur
yang tersendiri’. Sementara itu, tugas utama mereka ialah mengkaji unsur-unsur
bahasa sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan sistem bukan sebagai unsur
yang berasingan. Bagi ahli-ahli bahasa struktural, ‘bahasa ialah satu sistem
bunyi pertuturan yang arbitrari untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau
konsep yang digunakan untuk berkomunikasi. Sebagai rumusan dapat dikatakan
bahawa;
i.
bahasa ialah satu sistem bunyi
ii.
bahasa bersifat arbitrari
iii.
bahasa ialah alat perhubungan
Secara ringkasnya, teori ini menekankan :
•Kajian-
fonem dan morfem dan kaitan dengan ayat.
•Bersifat
pertuturan, bersistem, arbitrari-perhubungan.
•berpendapat
bahasa ialah sistematis, tatabahasa tersendiri, hidup dan berubah.
•huraian
bahasa secara induktif
•tidak
mementingkan makna, analisis secara luaran
2 comments:
Assalamualaikum.. apa khabar.. saya nak minta nota awak boleh??? klo boleh minta awak sekali kikiikikiki.. gurau je..
saya mohon kebenaran untuk copy nota awak ye...terima kasih
Post a Comment