Teori
ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan.
Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi
panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.
Sebagai
seorang guru bahasa, kita perlu tahu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa
terlebih dahulu. Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan
sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan.
Di samping itu juga guru
itu boleh menentukan sejauh mana prinsip-prinsip itu boleh menyelesaikan
masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Prinsip-prinsip terbentuk dari dua jenis teori yang bertentangan
iaitu teori behaviorisme dan teori mentalisme. Sesuatu teori itu
menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.
Menurut Kamus Dewan (1984:
1056), prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran,
kajian, tindakan sesuatu teori. Jadi sesuatu teori itu menentukan apakah
prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.
Berhubung dengan prinsip-prinsip
pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-teori pemerolehan bahasa
yang pernah disebutkan sebelum ini yang mana akan dibincangkan dari beberapa
sudut. Selain itu terdapat juga prinsip-prinsip umum supaya pengajaran guru itu
lebih menunjukkan keberkesanan.
Berikut adalah teori-teori yang terdapat di bawah tajuk Teori Pemerolehan Bahasa ini:
1. Teori Behaviorisme
(perlakuan). (link)
8 comments:
thx
thx
to diong nuoting ~
u r welcome
tq. its nice
tq
minta untuk jadi rujukan :) terima kasih banyak-banyak :)
MINTA IZIN UNTUK COPY YA... TQ
minta menjadi rujukan~terima kasih^^
Post a Comment