Tabung Masa Depan

Friday, March 8, 2013

BMM3117 : Teori Pemerolehan Bahasa



Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.
Sebagai seorang guru bahasa, kita perlu tahu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa terlebih dahulu. Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan.
Di samping itu juga guru itu boleh menentukan sejauh mana prinsip-prinsip itu boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip-prinsip terbentuk dari dua jenis teori yang bertentangan iaitu teori behaviorisme dan teori mentalisme. Sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.
Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan sesuatu teori. Jadi sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.
Berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-teori pemerolehan bahasa yang pernah disebutkan sebelum ini yang mana akan dibincangkan dari beberapa sudut. Selain itu terdapat juga prinsip-prinsip umum supaya pengajaran guru itu lebih menunjukkan keberkesanan.

Berikut adalah teori-teori yang terdapat di bawah tajuk Teori Pemerolehan Bahasa ini:

1. Teori Behaviorisme (perlakuan).  (link)

2. Teori Mentalis (Proses Mental).      (link)

3. Teori Interaksionalis.                         (link)

4. Teori Kognitif.                                   (link)



katakan like jika best ya!

8 comments:

Unknown said...

thx

Unknown said...

thx

Ieqa Swetluv said...

to diong nuoting ~

u r welcome

Unknown said...

tq. its nice

Anonymous said...

tq

Anonymous said...

minta untuk jadi rujukan :) terima kasih banyak-banyak :)

KAMARUL said...

MINTA IZIN UNTUK COPY YA... TQ

贝贝 said...

minta menjadi rujukan~terima kasih^^